Friday, January 7, 2011

cherita ini

Dunia hitamku kembali menyinar
Apa benar perasaan ini?
Atau sekadar hiburan hati yang datang dan pergi
Seperti yang selama ini aku rasai
Cherita kita bukan cherita mereka
Perih hatiku mencari kebenaran sebalik perasaan ini
Mungkin ia
Langkah permainan yang seringkali dipersembahkan
Akukah pemenang?
Atau aku sekadar mencari kesenangan?
Meraba-raba dalam hal yang tiada hitam putihnya
Adakah ia nyata?
Ya atau tidak
Aku tidak punya jawapan
Aku tetap aku
Tak mampu menerima apa yang ada
Kerana aku digertak minda yang hanya mencari kesilapan sebagai suapannya
Andai aku leka
Sudah pasti kelam yang selama ini aku sinari malap lagi.

nukilan : _aku

No comments: